Photobucket
Fatyn Story Now

Shoutbox






ASSALAMUALAIKUM.. faTeN Here,,.. Ketuk pintu dulu sebelum masukkk

D' Owner!

Assalamualaikum! speaking here is Faten.

Do follow and leave your footprint on my tagboard :) Be nice here.


If you want re-post or re-freebies.. Credit please


Pop up my Cbox Request? Tell me at shoutbox thankyou


....



Entries About Linkies Stuff


Scream!

HELLO My Best Friend Forever

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   
Edited: Maslihatul J Lia MJ


20 KaTa CiNtA & IsLaMiK (2)


  • Buat si cantik yang ku sayangi..
    Nikmat paling manis adalah apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,Namun tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberi semangat perjuangan.. Alirkan halawatul ukhwah,kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati..
    Ya Allah,peliharalah insan ini dan peliharalah ukhwah kami...Amiin..
    Jaga diri,jaga amal, jaga iman.
    Andai diri ini alpa,ingatkanlah
    Andai diri ini silap,tegurlah
    Andai diri ini lemah,kuatkanlah...
  • Wahai imamku yang bertahta di hatiku,maka jadilah imam yang baik bagiku,ajarkan aku mencintaimu kerana-Nya,bimbinglah aku dan anak-anakmu ke Jannah-Nya,redholah padaku,maka Robb kitapun akan Ridho padaku,sesungguhnya Ridhomu adalah Ridho ilahi,mudahkanlah aku ke Jannah-Nya, kerana bagiku kau adalah kunci syurgaku...
  • Wahai Lelaki
    Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,

    ♥ Bawalah dia ke jalan Allah,
    ♥ Nasihatilah dia,
    ♥ Perbetulkan kesilapannya,
    ♥ Jagalah dia dengan baik,
    ♥ Kasihanlah dia,
    ♥ Lindungilah dia,
    ♥ Berilah kasih sayang padanya,
    ♥ Hargailah dia,
    ♥ Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
    ♥ Bersabar dengannya,
    ♥ Terimalah & cintailah kekurangannya,
    ♥ Jadi imam terbaik & redhalah padanya..

    Moga dia menunggumu di syurga. Insya-Allah ♥
  • "Apabila Allah mencintai seorang hamba,maka Dia akan mengujinya.. Jika hamba itu bersabar dan redha,maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihnya."

    Hadis Riwayat Ibnu Majah
  • Adakalanya,jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan.. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yang sedang menanti di sebaliknya.. Hakikatnya,kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita.. Namun yakinlah,indah atau tidak,pasti ada kebaikan dalam keduanya.. Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hamba-nya
  • Suatu saat Allah menyempitkan.. Supaya kita tidak hanyut dalam kesenangan dan menjadi sombong.. Suatu masa Allah melapangkan supaya kita bersyukur kepadanya.. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...
  • Kalau kita terluka jangan pendam, ibu kita kan ada? Allah kurniakan hati ibu yg sangat faham perasaan anak anak dia. Lagi pendam lagi sakit. Tapi lebih elok kita luahkan segala perasaan yg kita rasai kpd Allah SWT kerana Dia lebih memahami & mengetahui apa yg kita rasa. InsysAllah kita akan lega & lapang dada selepas meluahkan segala rasa yg terpendam kpdNya.
  • Lihatlah,
    Betapa KEBAIKKAN kita,
    Perlu DIBINA mengikut SUSUNAN yang betul,
    Mengikut KEUTAMAAN yang perlu DIDAHULUKAN..

    Sebelum menjadi PASANGAN yang BAIK terhadap seorang LELAKI/WANITA,
    maka TERLEBIH DAHULU kita sepatutnya menjadi HAMBA yang BAIK terhadap ILAHI..❤❤

    P/s: PERBAIKI DIRI maka ALLAH akan MEMBAIKKAN DIA untuk KITA.. Orang yang sama atau diganti dengan yang lain, biar ALLAH tentukan..
  • Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu mengaku Allah adalah Tuhan semesta alam,

    Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu menutup aurat,

    Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu makan makanan halal walaupun makanan haram dikatakan lebih sedap.

    Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu menolak pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita

    Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu mengatakan bahwa lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama

    Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu untuk tidak bercinta kerana pada janjiNya

    Kerana Aku Seorang Muslim aku tak malu kehilangan sebahagian kebahagiaan dunia kerana janjiNya di akhirat

    Aku malu jika aku mengingkari kebenaran FirmanNya.
    Ini adalah kerana Aku seorang muslim
  • ♥..MANUSIA itu ibarat DAUN..Jika TIDAK GUGUR ke tanah HARI INI, suatu hari nanti PASTI akan gugur..Begitulah insan-insan yang kita SAYANG..umpama daun, mereka juga pasti suatu hari nanti akan MENINGGALKAN kita..yang KEKAL abadi ialah KASIH dan CINTA ALLAH kepada hambanya..♥♥

    ~♥~..yang pasti..jika mereka tidak meninggalkan kita..kita yang akan tinggalkan mereka..kerana itulah fitrah kehidupan..yang hidup pastikan mati..~♥~
    ♥..Hidup di Dunia Hanya Sementara..♥♥
  • Sesiapa yang sedar akan hebatnya cinta Allah,pasti tidak lagi memandang kepada cinta manusia.. Dan sesungguhnya,manusia yang telah merasai manisnya cinta kepada Allah sahaja yang dapat menggambarkan tentang kemanisannya.. Subhanallah..
    Moga cinta kepada Allah memenuhi ruang hatiku.. Tidak berbelah bagi hanya untukNya..
  • Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali.. Tidak suka memandang dan dipandang. Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki dan di bibir-bibir lelaki tidak meniti namanya.
    ♥ Saidatina Fatimah Radiyallahuanha..
  • Doa solat istikharah,
    Ya Allah,seandainya Engkau mengetahui bahawa ia adalag baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat,takdirlanlah ia bagiku.. Dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya.. Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku,pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat,maka jauhkanlah aku daripadanya.. Dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekali pun kemudian redhailah aku dengannya.. Amiin
  • Apabila sangkaan yang baik itu muncul..ia pasti dari Allah.. Tapi bila sangkaan yang buruk menjengah,istighfar lah.. Kerana ia datang dari bisikan syaitanirrojim.. Jauhilah berburuk sangka sesama insan kerana itu ternyata muslihat sang iblis untuk memecahbelahkan umat Muhammad S.A.W
  • Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya.. Kerana jika IMANnya hebat,maka dia akan memimpin dengan baik,tidak kira siapa pun yang akan menjadi MAKMUNnya..

    Yang harus cerewet adalah wanita.. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya.. Dan sudah pasti,dia mahukan calon IMAM yang mampu membimbing dengan baik.. Kerana memilih bakal IMAM,lebih penting dari memilih bakal MAKMUM..
  • Duhai calon imamku yang tertulis di Lauhul Mahfuz yang masih menjadi rahsia ilahi.. Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,dalam setiap tasbih cintaku.. Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku.. Jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah.. Kerana cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga.. Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti.. Ku tunggu engkau dalam gerbang ke halalan yang akan kita bina bersama dan menjalani hidup dalam meraih redha-Nya.. Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah...
  • Tuhanku,
    Seandainya telah kau catat dia milikku,tercipta buatku dekatkanlah dia padaku.. Satukanlah hatinya dengan hatiku,titiplanlah kemesraan antara kami,agar kebahagiaan ini abadi..
    Tuhanku Yang Maha Pengasih,seiringkanlah kami dalam melayari hidup ke tepian yang sejahtera..
    Tuhanku,
    Seandainya telah di takdirkan,dia bukan miliku,
    Bawalah dia jauh dari pandanganku,luput dari ingatanku,
    Dan peliharalah daku dari kekecewaan..
    Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,berilah diriku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit..
    Hilang bersama senja merah dan gelap pekat malam agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya..
    Tuhanku Yang Maha Pemurah,gantikanlah yang telah hilang,tumbuhkanlah kembali yang telah patah,meskipun tidak sama dengan dirinya..
    Seandainya dia datang menemuiku,cinta itu adalah sejati dan murni.
    Seandainya dia pergi dan tidak kembali,anggaplah cinta itu tidak wujud sejak dari awal lagi..
  • Bukan harta yang kuperlukan,
    Bukan keturunan yang menjadi keutamaan,
    Bukan paras rupa yang kuidamkan,
    Tetapi kefasihan agama dan semangat juangmu dalam menegakkan kalimatul Haq itu yang kudambakan itulah hikmah sekutu yang menjadi asas usrah muslim antara aku,dirimu dan zuriat pewaris ketauhidan islam dalam mengEsakan Allah yang satu..
    Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kami pasangan yang beriman,dan zuriat keturunan kami (zuriat yang soleh & solehah) perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.. (Al furqan : 74)
  • Tidak bertemu mata,
    Tidak bertemu suara,
    Tidak mengungkap janji,
    Tidak bermadah cinta,
    Cukuplah kata mengingat Tuhan,
    Cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman,
    Soal hati dan perasaan biar masa menentukan,
    Hati kita Allah yang punya,
    Hati kita Allah yang jaga,
    Andai takdir hidup bersama
    Pasti Allah permudahkan jalannya..
  • “Awak.
    Ya.Awak yang tengah baca ni.
    Saya tahu,jauh di sudut hati awak,
    Ada rahsia yang tersimpan.
    Ada tangisan yang tersembunyi.
    Ada harapan yang terlukis terang.
    Namun di situ,
    awak memilih untuk senyum.
    awak bertahan dalam diam.
    awak yakin dengan doa.
    Tapi saya percaya di sebaliknya,
    Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
    Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
    Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
    sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
    kerana hatimu teguh bersama Pencipta.